Kelas Tuisyen

Kelas Tuisyen
Kelas ditawarkan

Pelajar yang pertama kali mendaftar akan menerima:

    • Baucar alat tulis RM50.00
    • 4 buku tulis eksklusif Qminds
    • Tambahan kalkulator saintifik khas untuk pelajar yang ambil Pakej 4 Subjek Akademik atau Matematik

*Tertakluk kepada terma & syarat

Baucar alat tulis bernilai RM50

4 buku tulis eksklusif Qminds

Kalkulator
Saintifik

Polisi Qminds

NOTA : Segala pindaan dan penambahbaikan peraturan ini adalah termaktub dibawah bidang kuasa pihak jawatankuasa pentadbir Qminds.

SYARAT KEMASUKAN
  1. Waris hendaklah mengisi BORANG KEMASUKAN MURID. Segala maklumat hendaklah diisi dengan jelas, betul dan lengkap
  2. Lampirkan bersama lsalinan Mykid, 3 keping gambar mu rid dan 1 keping gambar ibu serta bapa saiz passport.
  3. Menjelaskan yuran pendaftaran, bulanan dan kemasukan sebelum anak memulakan persekolahan.
  4. Bersedia menerima syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Qminds.
  5. Menandatangani surat PENGAKUAN IBU-BAPA/PENJAGA.
SYARAT PENGHANTARAN & PENGAMBILAN
  1. Penghantaran dan pengambilan mestilah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dipersetujui. Penghantaran awal dan kelewatan pengambilan anak akan dikenakan bayaran lebih masa RM10 untuk tempoh 30 minit pertama.
  2. Namun, selepas 30 minit pertama akan dikenakan caj berasingan sebanyak RM20. Caj bayaran lebih masa harian akan dimasukkan ke dalam yuran bulanan yang berikutnya.
  3. OT mu rid akan bermula pad a jam 6:00 petang dan ke atas bagi pelajar yang tidak mengambil transit dan jam 6:15 petang bagi pelajar yang mengambil khidmat transit.
  4. Pelajar tidak dibenarkan pulang awal waktu belajar. Sekiranya ada urusan kecemasan, ibu bapa perlu maklumkan beserta bukti kepada pihak Qminds jika ada berlaku kecemasan. Sila rujuk jadual kelas yang pada guru kelas.
YURAN
  1. Yuran pendaftaran tidak dikembalikan, Jika murid berhenti. (rujuk surat aku janji waris/ibu bapa)
  2. Yuran bulanan mestilah dijelaskan selewat-lewatnya 5 haribulan pada setiap bulan berikutnya kecuali Bulan Disember, yuran perlu dibayar sebelum atau pada 31 Disember.
  3. Kelewatan pembayaran yuran perlu dimaklumkan pada pihak Qminds dengan alasan yang munasabah.
  4. Pihak Qminds berhak menamatkan persekolahan pelajar sekiranya pihak waris gagal menjelaskan yuran kemasukan pada tempoh yang ditetapkan dan tidak membayar yuran bulanan selama tiga (3) bulan berturut-turut. Na mun pihak Qminds berhak menuntut segala perbelanjaan /perkhidmatan yang telah diberikan.
  5. Setiap pembayaran yuran hendaklah dibuat melalui sistem website awfatech. Resit pembayaran yuran boleh dirujuk dalam sistem awfatech. Yu ran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.
  6. Transit cuti sekolah:
    i) Bayaran yuran bulanan transit perlu dibayar seperti biasa jika pelajar hadir transit. Sekiranya pelajar tidak hadir transit pada cuti sekolah hanya perlu bayar yuran bulanan sahaja.
    ii) Pelajar yang tidak mengambil khidmat transit pada hari persekolahan perlu membayar yuran transit sekiranya hadir transit pada cuti sekolah dan yuran bulanan hendaklah dibayar seperti biasa.
    iii) Pelajar OSLQ sahaja yang tidak dikenakan yuran pada cuti akhir tahun sekiranya tidak hadir ke Qminds.
  7. Sila rujuk jadual yuran di bawah untuk pelajar Kafa transit cuti sekolah.

PAKAIAN
  1. Murid diwajibkan memakai pakaian seragam / riadah Qminds setiap hari sepanjang sesi pembelajaran.
  2. Dalam keadaan tertentu/ kecemasan murid dibenarkan memakai jubah putih bagi lelaki dan jubah hitam dan tudung hitam bagi perempuan.
  3. Memakai kasut dan bersarung kaki pada setiap hari. Selipar adalah tidak digalakkan, kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  4. Jadual pemakaian pakaian seragam / riadah Qminds adalah seperti berikut;

Pemakaian Yang Dilarang

  1. Murid lelaki dilarang memakai jeans, tshirt, baju melayu, baju bergambar, baju bercorak atau topi kecuali baju seragam atau aktiviti Qminds sahaja.
  2. Murid perempuan dilarang memakai jeans, tshirt, baju muslimah, leggings, palazzo, skirt, baju kurung atau jubah berwarna/ bercorak.
  3. Murid yang tidak mengikut kod pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak Qminds akan dikenakan tindakan merit dan demerit.

Murid Transit

  1. Murid perlu membawa bekas makanan/ pinggan pada setiap hari persekolahan.
  2. Murid perlu membawa botol air untuk mengisi minuman yang dibekalkan.
  3. Murid perlu membawa tuala yang kering.
  4. Sebarang barangan berbentuk penyangkut baju, tuala, pakaian, telekung, bekas makanan, pinggan dan botol air tidak dibenarkan untuk ditinggalkan di sekolah.
  5. Barangan pelajar yang dibekalkan hendaklah dilabelkan nama pelajar agar tidak berlaku sebarang kehilangan atau pertukaran.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
  1. Pastikan anak diambil/diterima oleh guru/pengasuh sebelum meninggalkan Qminds dan menerima/mengambil anak dari guru/pengasuh.
  2. Guru/pengasuh hanya menerima anak di pintu Qminds demi menjaga keselamatan guru/pengasuh serta pelajar lain.
  3. Pastikan anak tidak membawa barang permainan , telefon bimbit, memakai jam tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai.
  4. Pastikan maklumat diri dan nombor telefon wakil /ahli keluarga/jiran dimaklumkan kepada pihak Qminds sebelum mereka mengambil anak dari Qminds.
  5. Pastikan anak dalam keadaan selamat, baik, sihat dan tidak mengalami penyakit berjangkit sebelum dihantar ke Qminds.
  6. Tidak menghantar anak dalam keadaan emosi tidak terkawal dibimbangi akan mengganggu pembelajaran anak/pelajar lain. Pastikan keadaan emosi anak stabil terlebih dahulu.
  7. Pastikan anak benar-benar telah pulih dari sebarang penyakit berjangkit seperti cirit­birit, cacar, campak, sakit mata, beguk. Kerana dikhuatiri akan berjangkit kepada guru/pengasuh dan pelajar lain.
  8. Pastikan anak diberi rawatan sempurna sekiranya berkudis, berkurap, berkutu, dan berpanau.
  9. Pastikan anak bersih dan kemas sebelum dihantar ke Qminds.
  10. Pastikan maklumat pengambilan ubat anak diberikan dengan tepat kepada guru/pengasuh, sekiranya anak dibekalkan dengan ubat. Maklumkan jam terakhir anak telah diberikan ubat bagi pelajar yang perlu makan ubat susulan atau rawatan berkala.
PERALATAN PERIBADI ANAK/PELAJAR
  1. Semua persiapan be la jar anak seperti pakaian, kasut, tudung, stoking, buku, alat tulis, beg dan botol air ditulis nama anak.
  2. Pastikan peralatan belajar yang diperlukan anak cukup sebelum menghantar anak ke Qminds.
LAIN-LAIN
  1. Sentiasa memeriksa beg dan peralatan anak sebelum meninggalkan Qminds dan apabila sampai dirumah untuk memastikan anak tidak membawa pulang
    peralatan/barang milik pelajar lain atau milik Qminds. Sekiranya ada diharap dapat memulangkan dan dimaklumkan.
  2. Bekerjasama dalam membimbing sahsiah anak semasa dirumah.
  3. Berbincang dengan pihak Qminds sekiranya terdapat sebarang kekeliruan.
  4. Bersama menjaga nama baik Qminds serta memberikan pandangan positif dan cadangan membina untuk kepentingan bersama.
  5. Tidak membekalkan makanan ringan dan minuman bergas kepada anak.
  6. Pastikan anak telah mengambil sarapan sebelum dihantar ke Qminds.
  7. Sekiranya pihak waris ingin memberikan hadiah/sumbangan makanan, kepada pelajar di Qminds, elakkan daripada memberi makanan ringan, junk food, yang mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan. Pastikan makanan tersebut benar-benar halal dan bersih untuk dimakan.
  8. Pihak Qminds berhak menamatkan perkhidmatan dan pembelajaran anak sekiranya pihak ibu bapa/waris tidak memberikan kerjasama dalam menangani masalah anak dan mengganggu emosi guru serta pentadbiran Qminds.
Class
Kelas Selesa

Menawarkan suasana kelas yang praktikal & selesa untuk anak-anak belajar.

curriculum
Kurikulum dan Silibus

Silibus pembelajaran yang terkini Kementerian Pendidikan Malaysia (KSSR & KSSM) dan mengikut standard silibus SRA JAWI & UPKK JAKIM

Teacher
Tenaga Pengajar

Pengajar kami berkelulusan Diploma, Ijazah dalam bidang Pendidikan & Pengajian Islam serta Tauliah mengajar  dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

like
Yuran Berpatutan

Yuran bulanan @ tahunan yang sangat praktikal & berpatutan untuk setiap kelas yang ditawarkan.

Qminds Education Sdn. Bhd.
28-1 & 28-2, Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur