OSH IN SCHOOL COURSE

Keselamatan Bukan Pilihan, Tapi Keutamaan!

Pada 10 Mei 2025, Qminds Training & Consultancy telah menganjurkan Kursus Keselamatan Dalam Sekolah (OSH in School) yang berlangsung di Dewan Qminds Education Centre. Kursus ini telah menghimpunkan tenaga pengajar Qminds serta peserta-peserta luar yang berminat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam aspek keselamatan di institusi pendidikan.

Menariknya, kursus ini dikendalikan oleh Saudara Azizul Arshad, seorang Certified Trainer HRDF yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Beliau menyampaikan topik-topik penting dengan pendekatan yang praktikal dan mudah difahami, menjadikan sesi berlangsung secara interaktif dan penuh informasi.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah Kesedaran Keselamatan di Sekolah serta kaedah HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control). Para peserta turut berpeluang terlibat secara langsung dalam perbincangan kumpulan dan aktiviti hands-on yang membolehkan mereka memahami serta mengaplikasikan konsep HIRARC dengan lebih mendalam.

Kursus ini bukan sahaja membuka mata tentang keperluan menjaga keselamatan dalam persekitaran sekolah, malah turut menggalakkan budaya pencegahan dan kepekaan terhadap potensi risiko yang ada di sekeliling. Ia merupakan satu langkah proaktif dalam memastikan sekolah menjadi tempat yang lebih selamat dan kondusif untuk semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *