KURSUS BIMBINGAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN DENGAN CERIA

Cikgu Cool, Kelas Terkawal!

Pada 16 Ogos 2025, Qminds Training & Consultancy telah menganjurkan Kursus Bimbingan dan Pengurusan Tingkah Laku Pembelajaran dengan Ceria yang bertempat di Dewan Qminds Education Centre. Kursus ini menghimpunkan tenaga pengajar Qminds bersama peserta luar yang berminat untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai aspek keselamatan di institusi pendidikan.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah strategi mengurus tingkah laku pelajar, mengenal pasti punca sebenar masalah disiplin, serta teknik komunikasi berkesan di dalam kelas. Para peserta juga berpeluang menyertai perbincangan kumpulan dan aktiviti praktikal yang membantu mereka membangunkan pelan tindakan kelas serta melatih kendiri dalam menghadapi situasi kritikal dengan lebih yakin.

Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Abdul Rashid Majid dan Puan Ain Shariffuddin, kedua-duanya berpengalaman luas dalam bidang pendidikan serta pengurusan kelas. Dengan pendekatan yang interaktif dan santai, sesi berjalan dengan penuh keceriaan sambil tetap menekankan elemen praktikal yang boleh terus diamalkan oleh para guru.

Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja memberi ilmu baharu, malah membuka ruang untuk para pendidik bertukar pengalaman dan idea. Diharapkan penganjuran kursus seperti ini dapat membantu guru-guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif serta menyeronokkan bagi para pelajar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *