Pada hari Sabtu & Ahad yang lalu, 4 & 5 Oktober 2025, warga Qminds telah menjayakan program Open Day Qminds 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah dan berinformasi. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada para ibu bapa dan pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat sistem pembelajaran, suasana serta keistimewaan yang ditawarkan di Qminds Education Centre.




Seawal pagi, suasana di Qminds dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa bersama anak-anak yang hadir dengan wajah teruja. Para guru dan staf menyambut tetamu dengan mesra, sambil memberikan penerangan tentang program Pra-Tahfiz, Sekolah Rendah Integrasi, KAFA, Hafazan Hujung Minggu serta kelas Talaqqi dan tuisyen yang ditawarkan.
Lebih menarik, para pengunjung turut dibawa meninjau ruang pembelajaran, bilik darjah serta aktiviti pelajar. Anak-anak juga berpeluang menyertai aktiviti santai seperti mewarna, hafazan mini dan sesi interaktif bersama guru-guru Qminds. Suasana yang ceria dan harmoni menggambarkan keakraban warga Qminds dalam memastikan setiap tetamu mendapat pengalaman bermakna.
Pihak Qminds menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja membuka ruang untuk memperkenalkan Qminds kepada umum, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, pelajar dan ibu bapa.
✨ Semoga dengan penganjuran Open Day ini, lebih ramai keluarga akan mengenali Qminds sebagai institusi pendidikan Islam yang komited melahirkan generasi Qurani, berilmu dan berakhlak mulia.
