Pengenalan

Qminds Education Centre atau nama rasminya Pusat Pendidikan al-Quran, Fardhu Ain dan Bahasa Arab (PPQFBA), merupakan institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan nombor pendaftaran WJJ0024.
Pengurusan pusat ini dikendalikan oleh tujuh orang Ahli Jemaah Pengurusan PPQFBA Qminds yang bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran dan hal ehwal pendidikan secara menyeluruh.
Untuk jangka panjang, Qminds berhasrat menyediakan perkhidmatan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan tinggi dengan tekad serta azam untuk menjadikan Qminds Education Centre sebagai pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.

MENJADI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA DAN PUSAT RUJUKAN BERASASKAN AL-QURAN

MEMBENTUK DAN MEMBIMBING INSAN MENUJU KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEMBANGUN POTENSI KEROHANIAN MUSLIM DAN MEMBINA UMMAH CEMERLANG
Qminds telah ditubuhkan pada 9 Julai 2015 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat dengan nama Qminds Training & Consultancy Sdn. Bhd.. Dengan misi membentuk dan membimbing insan menuju kejayaan dunia dan akhirat, Qminds memulakan operasinya melalui penganjuran kelas pengajian al-Quran untuk pelajar dan dewasa serta kelas hafazan hujung minggu pada setiap Sabtu dan Ahad.
Seterusnya, Qminds menubuhkan Pusat Induktif al-Quran khusus untuk pelajar berumur 4–6 tahun. Perkembangan ini diteruskan dengan peluasan operasi pendidikan melalui pendaftaran KAFA & SRA Qminds di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan nama Qminds Education Centre atau nama rasminya Pusat Pendidikan al-Quran, Fardhu Ain dan Bahasa Arab (PPQFBA), bernombor pendaftaran WJJ0024.
Bagi memperkukuh pengurusan pendidikan, Qminds telah menubuhkan Qminds Education Sdn. Bhd. yang menguruskan keseluruhan aktiviti pendidikan merangkumi kelas talaqqi, kelas hafazan, KAFA & SRA, Sekolah Rendah Integrasi Islam Qminds, tuisyen, sehinggalah kepada Off-School Learning @ Qminds. Dengan langkah ini, Qminds Training & Consultancy dapat menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti latihan, kursus dan seminar.
