Tentang Kelas
Kelas Al-Quran dan Iqra’ secara kaedah bertalaqi dengan guru. Guru-guru kami mempunyai tauliah mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. selain belajar membaca, pelajar juga akan belajar tajwid dan makhraj huruf.
- Setiap Hari: Isnin-Rabu
- jam 8.00 – 9.30 malam
- terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
- Yuran Pendaftaran: RM10.00
- sumbangan bulanan adalah mengikut keikhlasan dan kemampuan ibubapa
Matlamat Kelas
Adalah menjadi hasrat Qminds untuk melahirkan generasi berminda al-Quran, Justeru kelas ini diadakan tanpa bayaran yuran tetap bagi membolehkan semua golongan dapat belajar dan membaca al-Quran dengan baik.
“Quran Lead To Success”
Kelas Selesa
Menawarkan suasana kelas yang praktikal & selesa untuk anak-anak belajar.
Kaedah Pengajian
Qminds menggunakan kaedah Talaqi Musyafahah, bertemu guru dan membaca mengikut bacaan guru, atau lebih dikenali dengan kaedah Jibril, sebagaimana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerima al-Quran dari Jibril A.S.
Tenaga Pengajar Bertauliah
Tauliah Mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Yuran Berpatutan
Tiada Yuran tetap dikenakan. Pelajar atau Ibu-Bapa boleh membuat sumbangan bulanan mengikut kemampuan dan keikhlasan ke dalam tabung yang disediakan di Qminds atau;
- Transfer Online ke akaun Maybank Islamik PUSAT PENDIDIKAN ALQURAN FARDHU AIN DAN BAHASA ARAB QMINDS 564762322553
- Scan & Pay PPQFBA @ qminds ( di tampal di pintu masuk Qminds)