Tentang Penubuhan Syarikat

Qminds Training & Consultancy, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan bermula pada Julai 2015 untuk memberi khidmat pendidikan yang selari dengan kehendak Syariat Islam.

Setelah Lima Tahun beroperasi, Qminds Training & Consultancy Sdn. Bhd. di jenamakan sebagai Qminds Education Centre selaras dengan pengoperasiannya menyediakan khidmat pendidikan kepada pelajar bermula dari umur empat tahun hingga pelajar dewasa. Qminds juga telah membuka cawangan barunya di presint 15 Putrajaya bermula Januari 2021.

Untuk program jangka panjang, Qminds berhasrat untuk menyediakan khidmat pendidikan diperingkat rendah, menengah dan tinggi dengan tekat dan azam agar Qminds Education Centre akan menjadi sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.

Misi

Membentuk & membimbing insan menuju kejayaan dunia akhirat

Visi

Menjadi pusat pendidikan antarabangsa & pusat rujukan minda berasaskan Al-quran.

Objektif

  • Membangun potensi kerohanian muslim
  • Membina ummah cemerlang
  • Menanamkan jati diri & keperibadian contoh dalam diri anak-anak
Perlukan bantuan?

Anda boleh menghubungi kami terus ataupun meninggalkan pesanan pada email kami.