HARI KEMERDEKAAN YANG KE-66 2023

HARI KEMERDEKAAN YANG KE-66 2023

Qminds Education Centre telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan bulan kemerdekaan ini telah diadakan pada 8 September 2023 di Dewan Qminds.

Antara program yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan adalah memasang bendera di kawasan sekolah dan juga dalam bilik darjah. Terdapat juga program yang dirancang berunsur pertandingan yang melibatkan murid-murid sekolah seperti kuiz tentang kenegaraan, pertandingan syair berunsurkan kemerdekaan, pertandingan koir lagu-lagu patriotik mengikut kelas, melukis dan mewarna bendera Malaysia dan banyak lagi.

Sambutan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman murid-murid erti kemerdekaan dan meningkatkan lagi semangat cintakan negara Malaysia. Program khas ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Kerjasama yang erat antara kakitangan sekolah juga telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti.

 

SHARE[addtoany]