SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA QMINDS 1445H

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA QMINDS 1445H

Hari raya merupakan satu-satunya peristiwa yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, para pelajar di Qminds Education. Pada 3 Mei yang lepas, kami mengadakan majlis sambutan Hari Raya yang penuh kegembiraan.

Majlis tersebut diadakan di dewan sekolah, yang telah dihias dengan indah dan berwarna-warni untuk menyambut kedatangan para pelajar. Suasana ceria dan penuh semangat segera terasa begitu kami tiba di sekolah.

Setiap orang membawa juadah makanan kesukaan masing-masing, menyediakan pelbagai hidangan lezat dari pelbagai budaya dan tradisi. Ini tidak hanya menjadi peluang untuk beramah mesra, tetapi juga untuk merasai pelbagai hidangan yang enak-enak!

Majlis sambutan Hari Raya di sekolah bukan sahaja memberi peluang untuk merayakan kegembiraan hari raya, tetapi juga untuk mengukuhkan hubungan silaturahim di kalangan kami para pelajar dan kakitangan. Majlis ini menjadi acara yang paling dinantikan setiap tahun, dan tahun ini tidak mengecewakan. Alhamdulillah

Tepat 4:30 petang, dengan perasaan bahagia dan kenangan yang indah, maka berakhirlah majlis sambutan Hari raya peringkat sekolah Qminds. Selamat Hari Raya dari semua pelajar dan guru di sekolah kami!

Sekian.

SHARE[addtoany]