OPENDAY QMINDS 2023/2024

OPENDAY QMINDS 2023/2024

Bismillah, Alhamdulillah ala kulli hal

Selesai sudah program Openday Qminds sesi 2023/2024 yang ditunggu tunggu

Program ini diadakan adalah bertujuan permudahkan ibubapa yang ingin menghantar anak ke sekolah. Dengan adanya program ini, Ibubapa boleh menilai sendiri keadaan sekolah, kebersihannya, keselamatannya, yurannya dan lain-lain.

Syukur, ramai ibubapa yang datang menjenguk sekolah dan ramai juga yang mendaftarkan anak mereka. Jadi, jutaan terima kasih kepada Ibubapa kerana sudi hadir ke Qminds pada 4hb yang lalu.

Tentatif program secara ringkasnya, setelah kehadiran Ibubapa, Cik Wan Azaiman memberikan taklimat umum berkenaan kelas-kelas yang dibuka seperti Pra Tahfiz, Kafa dan Integrasi. Kemudian, Ibubapa boleh terus pergi menjenguk kelas mahupun mendaftarkan anak-anak mereka mengikut kelas. Usai sahaja pendaftaran, Ibubapa boleh terus pulang.

Akhir sekali, diucapkan terima kasih juga kepada kakitangan Qminds yang bekerjasama menjayakan program ini.

 

SHARE[addtoany]