MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2024

QMINDS sekali lagi mencatat sejarah apabila seramai 17 orang pelajar diraikan dalam satu majlis khas sempena kejayaan mereka dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024. Majlis yang berlangsung di Dewan QMINDS itu disambut dengan suasana penuh ceria dan penuh rasa syukur.

Keputusan pelajar kali ini benar-benar membanggakan! Seorang pelajar memperoleh 9A, manakala tiga lagi mencatat 8A, dan ramai lagi yang meraih 6A dan ke atas. Paling membanggakan, semua pelajar diraikan atas usaha dan ketekunan mereka, tidak kira apa pun bilangan A yang diperoleh – kerana setiap titik peluh itu adalah kejayaan sebenar.

Majlis dimulakan dengan penyampaian slip keputusan kepada setiap pelajar yang hadir, disusuli dengan sesi bergambar, persembahan khas, dan suasana penuh semangat. Ruang pentas turut dihiasi dengan simbolik huruf “TAHNIAH”, menjadikan suasana lebih istimewa dan beremosi bagi para pelajar dan guru.

Kehadiran ibu bapa yang turut menyaksikan detik kejayaan anak-anak mereka menambahkan seri dan makna pada majlis ini. Ada yang tidak dapat menahan air mata kegembiraan, ada juga yang tak putus mengucapkan syukur dan tahniah. Suatu saat yang akan dikenang sampai bila-bila!

Warga QMINDS mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi. Teruskan menjadi insan yang berilmu, beradab dan berbakti



Leave a Reply