- February 12, 2025
- Posted by: admin
- Category: Uncategorized

Pada hari yang penuh barakah, Qminds Education Centre telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 2024 dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Acara ini diadakan bertujuan untuk memperingati dan menghayati kisah kehidupan, akhlak mulia dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan hidup.

Majlis dimulakan dengan perarakan meriah oleh para pelajar yang membawa sepanduk dan alunan selawat ke atas Nabi SAW. Suasana harmoni dan syahdu memenuhi udara, menandakan cinta serta penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Acara diteruskan dengan pengisian rohani seperti bacaan Al-Quran, ceramah agama, serta persembahan selawat dan qasidah oleh para pelajar. Setiap pengisian berjaya menyentuh hati hadirin, memberikan inspirasi untuk menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul ini. Semoga kita terus mencontohi akhlak Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai panduan utama dalam kehidupan kita.