TEAM BUILDING QMINDS 2024

Qminds berkumpul di Eco Venture Resort, Semenyih, untuk mengikuti kursus team building yang dianjurkan oleh GenBijak. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, kami menjalani pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menguji fizikal dan mental, tetapi juga memperkukuh hubungan di antara kami.

Seawal pukul 8 pagi, kami tiba di Eco Venture Resort yang dikelilingi oleh kehijauan yang mendamaikan. Setelah mendaftar dan menikmati sarapan ringan, fasilitator dari GenBijak memperkenalkan diri dan memberikan pengenalan ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari.

AKtiviti dimulakan dengan sesi ice-breaking. Permainan yang dirancang oleh trainer berjaya mencairkan suasana dan membuat kami lebih mengenali antara satu sama lain. Ketawa dan sorakan kedengaran di seluruh kawasan ketika kami bersaing dalam permainan energizer yang menguji kebijaksanaan dan kepantasan.

Selepas sesi ice-breaking, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan pelbagai cabaran yang memerlukan kerjasama dan strategi. Aktiviti ini menguji keupayaan kami untuk berkomunikasi dan bekerja sebagai satu pasukan, serta melatih kreativiti dalam menyelesaikan masalah.

Pada pukul 2 petang, kami berhenti sejenak untuk menikmati makan tengah hari dan menunaikan kewajipan solat fardhu zohor .  Makanan yang disediakan sangat enak dan menyegarkan tenaga kami. Waktu ini juga kami gunakan untuk berbincang dan merenung tentang apa yang telah kami pelajari dari aktiviti di pagi hari.

Pada pukul 5 petang, kami bersedia dalam dewan untuk sesi penutupan. Fasilitator dari GenBijak memimpin refleksi tentang apa yang telah kami pelajari sepanjang hari. Ramai yang berbicara tentang pentingnya komunikasi, kepercayaan, dan kerjasama dalam mencapai kejayaan bersama. Sebelum bersurai, kami diberi peluang untuk menyuarakan penghargaan kepada rakan-rakan sepasukan dan fasilitator yang telah membantu menjayakan kursus ini.



Leave a Reply