SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA QMINDS 2024/ 1445H

Hari raya merupakan satu-satunya peristiwa yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, para pelajar di Qminds Education. Pada 3 Mei yang lepas, kami mengadakan majlis sambutan Hari Raya yang penuh kegembiraan.

Majlis tersebut diadakan di dewan sekolah, yang telah dihias dengan indah dan berwarna-warni untuk menyambut kedatangan para pelajar. Suasana ceria dan penuh semangat segera terasa begitu kami tiba di sekolah.

Setiap orang membawa juadah makanan kesukaan masing-masing, menyediakan pelbagai hidangan lazat dari pelbagai budaya dan tradisi. Ini tidak hanya menjadi peluang untuk beramah mesra, tetapi juga untuk merasai pelbagai hidangan yang enak-enak!

Terakhir, kita juga dihidangkan dengan sesi bagi duit raya yang disampaikan oleh Ustaz Ramzi kepada para pelajar Qminds. Sesi ini menambah kegembiraan majlis, di mana setiap pelajar menerima duit raya sebagai simbol kasih sayang dan berkat dalam menyambut Hari Raya.

Tepat 4:30 petang, dengan perasaan bahagia dan kenangan yang indah, maka berakhirlah majlis sambutan Hari raya peringkat sekolah Qminds. Selamat Hari Raya dari semua pelajar dan guru di sekolah kami!

Sekian



Leave a Reply