PROGRAM HARI POTENSI QMINDS SESI 2023/ 2024

Majlis Hari Potensi adalah satu platform penting yang memberi peluang kepada murid-murid terutamanya murid Qminds Education Centre untuk mengekspresikan bakat dan potensi masing-masing. Ia bukan sekadar tentang pencapaian dalam bidang akademik, tetapi juga tentang perkembangan menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan.

Penganjuran majlis ini diharapkan dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk mengukuhkan pencapaian mereka dalam bidang akademik, sosial, dan bakat-bakat yang lain. Ia juga menjadi satu pengiktirafan yang bererti bagi usaha gigih dan ketekunan mereka sepanjang tahun ini.

Semoga setiap pengalaman dan pencapaian dalam Majlis Hari Potensi menjadi satu titik tolak untuk kecemerlangan di masa depan. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyokong majlis ini ke hadapan untuk lebih banyak kejayaan!



Leave a Reply